Kapur barus

Kapur barus atau kampor[1] ialah sejenis pepejal lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar beraroma kuat.[2] Ia merupakan terpenoid dengan formula kimia C10H16O.Bahan ini ditemui dalam kayu spesies Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didapati di Asia terutamanya di pulau-pulau Sumatera dan Borneo; serta juga spesies pokok balak Dryobalanops yang tiada kaitan dari kawasan yang sama. Ia turut didapati dalam pokok yang berkaitan dalam keluarga Lauraceae terutamanya Ocotea usambarensis. Minyak daun rosmari (Rosmarinus officinalis) mengandungi 10 hingga 20% kampor[3] berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kampor.[4] Ia juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak turpentin.